Friday, July 16, 2010

SEM BARU NIAT BARU PENCAPAIAN BARU USAHA BARU...!!! YEAH..!!


sory sbb lame gle da xupdate..mcm besa la jwpn dia malas malas dan malas. wlpn mmg da lame taw yg malas ni mmg xde ubatnye..tp tetap xnk ubah gak..


 *nazurah2 ape nk jd -__-'


hmm skg ni sempena berlangsung nye hari pendaftran kolej melati yg disayangi,ak kne tanam kn 1 matlamat tetap (yg mmg dr dlu diajar utk menanamkn matlamat yg sme) yeahh...!! matlamat yg seperti berikot:


1. kne tekun lalu memberi 150% focus n commitment kpd project sem ni.
2. jgn lupe kpd stiap subjk juge, lecturer didahulukan, pencapaian diutamakan.. (lecturer first, achievement now) -__ @
3. kewajiban diutamakan.
4. berjimat..!!
5. jg kesihatan.


dan skg ni...............mcm da terpk2...kne jalan kn 1 misi yg agak penting juga. misi MENGURUSKAN BADAN. fuuhhh...! kata2 ni agak membimbangkn kerana kata2 bagaikan janji..janji mesti di kotai sb ade pepatah mengatakn lembu berpegang kpd tali manusia berpegang kpd janji.. ini kes berat..! xbole wt men2 ni.. so add another 1 mision:


6. menguruskan badan..!! jgn mkn malam suda.. amalkn senaman yg consistent at least 2x smgu kalu xsmpt sgt. nasi diharamkan...


adoi..kalu balik umah kne pose nasi la ni..kat klj xpe xmkn ns..boleh ag thn. tp kalu kt umah..wat naya ja..


okeh..ape2 pon ak kne tetapkn pendirian. jgn mudah terpengaruh..jd kn pengalaman sbg pengajaran. GO GO.......ZURA...!!!!

Thursday, June 3, 2010





KEKEJAMAN PENGGANAS YAHUDI ZIONIS 


Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi Israel diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"

Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dianggap senjata melawan Israel.

Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.

Namun, tiada sebarang rasa hormat atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika


'Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.'
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak mengambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa. Akhbar Britain, 'The Independent' hari ini turut menyiarkan beberapa kritikan media Israel terhadap tindakan kerajaannya, antara yang paling menarik adalah kata-kata Ben Caspit, di akhbar Isreal, Maariv, katanya:
"The Israeli image took a mortal blow and all this happened deep in International Waters and turned Israel into a pirate state".

Memang benarlah apa yang dikatakan, Israel sememangnya negara Lanun yang dihuni oleh lanun-lanun.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.  

Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-

a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c-     Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d-    Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Akhir sekali, tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan mentaatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:


أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني


Allah menyebut : 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu.' (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله


Ertinya: 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.'( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban) 

Sumber: Dipetik di sini, serta untuk bacaan doa Qunut Nazilah yang penuh. 



p/s: article ni ak amk dr iluvislam dimana ak rs sgt bertanggungjawab untuk menyebarkan ke sume rakan2 dan keluarga wlpn follower ak xseberapa..hehe anyhow bleh gak disampaikan kpd sesape yg terbace bnd ni.. HIDOP PALESTIN DAMN ISRAEL..!!

Monday, May 31, 2010










KENAPA WANITA MENANGIS..??


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.

Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “
Ayah, mengapa ibu menangis?
Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan 
yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan 
kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya.. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

p/s: so no wonder la pompuan ske nangis, xpn kalu hati tersentuh cepat btol mengalirkan air mata. ini mmg lumrah and rasmi perempuan atau insan bernama wanita. insan yang istimewa ni la yang sering dianggap menyusahkan dan xberguna suatu ketika dulu. tapi sekarang sume nya dah berubah. wanita semakin diperlukan dan amt penting dlm institusi keluarga mahu pun pekerjaan. wanita skrg tak lagi lemah seperti dulu malahan lebih kuat berbanding lelaki yang ade kat muke bumi ni sndri. walaupun mudah mengalirkan air mata tp air mata 2 la sebenarnya penguat and pembakar semagat seorg yg bernama wanita.. btol x wanita....

Saturday, May 29, 2010









..KELIRU..


urm...setelah berapa lama, bukan setakat hari tapi berhari-hari, bukan setakat berhari-hari tapi bulan, bukan setakat bulan tapi berbulan-bulan dan bukan setakat berbulan-bulan tapi bertahun-tahun.. ape yg aku rase skrg dgn perhubungan kita?adakah cinta yg suci dan sejati atau hanya sekadar simpati? kenapa aku langsung tak menyedari nya dari dulu lagi?untuk melepaskan mu, aku tidak yakin pada diri ku sndiri. adakah aku mampu untuk berdiri sendiri tanpa kehadiranmu? adakah aku mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri tanpa sokongan darimu?? aku xyakin.. tapi kenapa dulu aku boleh saja hidup tanpa dirimu. boleh saja aku melangkah meneruskan kehidupan ku sendirian tanpa kehadiranmu. tanpa orang sekeliling yang memberi galakan dan menghembuskan bisikan semangat padaku. namun sekejam itu kah aku? kejam kah diriku sehingga sanggup melukakan hatimu?
"ah kau jgn fikirkan fasal orang lain, fikirkan dahulu dirimu, adakah kau rasakan apa yang si dia rasakan yakni cinta sejati yang lahir dari hati yang betul-betul jujur menyintaimu?" 


ketuk dan tanya lah pada hatimu sendiri.


adakah selama hampir 4tahun hubungan ini telah byk merubah diri ku? apakah yang kau mahukan selama ini terlaksana wahai jiwaku?apa sebenarnya yang ku mahukan dari diri nya? adakah cinta suci tanpa secalit tompokan noda atau hanya cinta yang sentiasa terkeluar dibibir sang penagih "cinta"??? aku tak dapat apa yang aku mahukan. aku tidak mahu semua ini berlaku dan aku sendiri tidak minta semua ini berlaku..apakah daya ku hanyalah seorang yang dahagakan kasih sayang. dan ternyata kasih sayang yang ku tagih itu datangnya dari insan aku sendiri sayang dan kasih setulusku. adakah aku dapat rasakan nya sekarang? perasaan yang lahir dari lubuk hati. lubuk hati sedalam dasar lautan jurang mariana. lubuk hati ku yang belum pernah diselami oleh siapa2.


mahu saja aku menitiskan air mata, memikirkan tentang kekeliruan antara cinta, kasih atau kasihan.
''äh aku betul2 tidak suka akan perasaan ini yang dimana aku sendiri tidak tahu akan jawapannya''.


adakah patut aku membiarkan masa yang menentukan segalanya?? atau aku sendiri memulakan langkah pertama?? sungguh aku tidak sanggup..!! aku mengaku yang aku terlalu banyak terhutang budi dari nya. kerana dia lah yang byk membantuku dalam segala hal. segala masalah ku dia ringankan, jika liku perjalanan ku dia yang menunjukkan jalan, jika ku kesempitan ruang dia meluaskn,
terlalu banyak kau berbudi wahai kasihku.''ya hutang budi dibalas budi, hutang nyawa dibalas nyawa..!''


tetapi aku langsung tidak pernah menghargai. benarkah?atau aku tidak merasa kesusahannya dalam menolongku?atau aku langsung tidak pernah merasai cintanya?hari berganti hari setiap saat kurasakan hambar. aku sendiri buntu..


biarlah takdir menentukannya. aku redho segalanya jika itu yang Kau pinta.   

Monday, May 24, 2010




I am a GIRL.

When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind.


When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply.


When a GIRL looks at u with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around.


When a GIRL answers "i'm fine" after a few seconds,
She is not at all fine.


When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying.


When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever.


When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention.


When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once.


When a GIRL says I love you,
She means it.


When a GIRL says that she can't live without you,
She has made up her mind that you are her future.


When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more than that. 

Friday, May 14, 2010

hari ni

TAK KISAH LAH KITA NK WAT APE2 PERBUATAN PUN ATAU NAK EXPLORE APE2 PERKARA PUN KAT ATAS MUKE BUMI NI ASALKAN KITA BERPEGANG TEGUH DENGAN 1 SUMBER YANG PASTI..INSYAALLAH....

Thursday, May 13, 2010

Happy Mother's Day

happy mothers day to my mummy. kn best kalu mum ade kat cini..windu laa... nway angah ade kirim present 2 u.. simple2 je hopefully mum suke. ni kiriman peluk cium dr ank mu..muuuuaaahhhxxx.....!!!!